Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas (2009)

DR. 2.7.2009 2
MALAYSIA

DEWAN RAKYAT
Khamis, 2 Julai 2009

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

USUL-USUL

MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA
RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62:

- Rang Undang-Undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008

- Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009

- Rang Undang-Undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2008

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

"Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008; Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009; dan Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas)(Pindaan) 2008 yang dijadualkan sebagai nombor 4, 5 dan 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang."

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah.

DR. 2.7.2009 3
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN
DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
10.03 pg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputuskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009; Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mengenai Laporan Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat Mengikut Peraturan Mesyuarat 80(A); dan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009; serta usul-usul di Nombor 7, 8, dan 9 yang dijadualkan dalam Aturan Mesyuarat hari ini serta ucapan-ucapan penangguhan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan hingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan."

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan I [Dato' Joseph Salang anak Gandum]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Peraturan yang mana satu, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Peraturan 20, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah mengenai risalah-risalah yang patut diberikan kepada semua Ahli Parlimen yang dikawal oleh Setiausaha Dewan Rakyat dan atas arahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa risalah mengenai Pricewaterhouse, Port Klang Free Zone yang dengan appendixnya telah pun diserahkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebelum sesi ini mula. Saya juga difahamkan bahawa Menteri Pengangkutan telah memberitahu media dan sebagainya, bahawa risalah-risalah termasuk appendix itu sepatutnya diserahkan kepada semua Ahli Parlimen. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir we will be the laughing stock of the nation jika risalah-risalah itu disimpan di peti besi di Dewan Rakyat dan tidak dikemukakan kepada semua Ahli Dewan Rakyat. Apakah alasan yang tertentu dan apakah sebab ia dilambat-lambatkan memandangkan ini adalah fiasco scandal yang terbesar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Belum lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah berucap, Yang Berhormat.

DR. 2.7.2009 4
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, ini berkaitan kerana Pricewaterhouse yang telah menunjukkan dengan mikronya, apakah kesalahan-kesalahan tertentu yang telah dibuat oleh Menteri-menteri Pengangkutan sebelum ini di mana kerugian dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion, maka ini adalah satu urusan yang...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Just talk about the risalah. Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Patut disegerakan dan walaupun telah disegerakan dari PKFZ ke Setiausaha Dewan Rakyat, tetapi kenapa ia dilambatkan. Memandangkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah berucap, Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah berucap.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Memandangkan "One Malaysia Performance Now", apa itu makna "performance now" jika tidak diperform.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya ingin menegur kepada Yang Berhormat. Pertamanya, apabila mengemukakan peraturan mesyuarat tidak perlulah dihurai sebegitu panjang. Peraturan 21 yang disebut oleh Yang Berhormat adalah berkenaan dengan peraturan 20(1), adalah berkenaan dengan risalah-risalah yang dikemukakan di atas meja Ahli Yang Berhormat dan perlu ia dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Maknanya =mana-mana risalah yang ada di atas meja ini adalah atas kebenaran oleh Tuan Yang di-Pertua. Soal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tidaklah berkaitan dengan peraturan 20(1). Walau bagaimanapun saya ingin memaklumkan bahawa saya telah diberitahu, dimaklumkan oleh pihak Parlimen bahawa risalah yang diminta daripada pihak yang berkenaan adalah risalah-risalah yang dikehendaki oleh PAC dan Setiausaha telah memohon dokumen-dokumen tersebut daripada pihak berkenaan untuk keperluan PAC.
_1010
Sekarang ini PAC masih lagi bermesyuarat dan belum memutuskan untuk mengemukakan laporan terhadap isu itu ke Dewan ini. Maknanya risalah yang dikemukakan itu bukanlah disimpan dalam peti besi, bukan untuk kegunaan mana-mana pihak tetapi setakat ini ianya adalah untuk kegunaan PAC yang sedang menyiasat perkara ini sehingga keputusan telah dibuat oleh PAC, conclusion telah dibuat, maka semua risalah itu akan dikemukakan ke Dewan ini.

Sehingga sekarang ini PAC belum lagi mengadakan the final meeting on the matter. Oleh kerana itu perkara itu masih dalam simpanan dan tidak akan dikemukakan untuk Dewan...

Tuan William Leong Jee Keen [Selayang]: Tuan Yang di-Pertua.

Post a Comment

My Instagram

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes